Anda nak beli rumah pertama anda tetapi tidak tahu cara yang sesuai? Biasanya, pembeli rumah akan beli rumah kerana dua sebab iaitu untuk tinggal di rumah tersebut atau pun untuk tujuan pelaburan harta tanah di Selangor.
Mengetahui tujuan beli rumah adalah penting kerana ia akan menentukan jenis rumah yang anda patut beli. Berikut adalah beberapa tips beli rumah pertama yang akan memastikan anda dapat beli rumah impian anda.
Menentukan Kemampuan Kewangan
Pembeli rumah boleh menggunakan pelbagai kalkulator yang terdapat di internet. Sebagai contohnya, pembeli rumah boleh gunakan kalkulator loan rumah untuk mengenal pasti jumlah wang yang perlu dibayar pada setiap bulan.
Kalkulator pinjaman rumah ini merupakan salah satu cara kira loan rumah yang cekap dan berkesan. Ada beberapa kalkulator yang juga boleh tolong pembeli rumah untuk semak kelayakan pinjaman mereka dengan pihak bank.
Lebih senang diperkatakan, pinjaman perumahan anda tidak patutnya melebihi satu pertiga gaji kasar anda. Jadi kalau gaji anda adalah RM4,000 sebulan, anda tidak sepatutnya membayar pinjaman perumahan yang lebih daripada RM1,333.

Pembeli rumah juga perlulah pertimbangkan pelbagai pinjaman peribadi yang ada seperti pinjaman kereta dan lain-lain. Jika pembayaran komitmen bulanan ditinggalkan sebanyak lebih dua bulan, pinjaman perumahan tidak akan diluluskan oleh bank kerana mereka anggap anda berisiko tinggi.
Cara Menjimat Wang Masa Membeli Hartanah
Jika anda mahu menjimat wang ketika membeli hartanah, anda boleh melakukan pengeluaran wang untuk beli rumah atau membayar pinjaman perumahan tersebut.
Pembeli rumah juga dinasihatkan untuk memperhatikan inisiatif-inisiatif kerajaan yang dapat kurangkan beban pembeli rumah. Beberapa inisiatif kerajaan termasuk PR1MA, PPR, RUMAWIP dan juga Rumah Selangorku yang dapat meringankan beban membeli rumah pertama.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga memperkenalkan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama ataupun Skim MyDeposit untuk membantu pembeli rumah jimat wang ketika beli rumah pertama mereka. Pembeli rumah boleh hubungi KPKT untuk bertanya mengenai ketersediaan skim tersebut.
Ada sesetengah pemaju harta tanah yang menawarkan rumah mampu milik dengan pelbagai pakej seperti perabot dan peralatan elektrik percuma.
Pilih Rumah Yang Dimahu
Setelah sudah menentukan kemampuan kewangan, pembeli rumah dinasihatkan untuk membuat tinjauan rumah. Beberapa faktor penting yang perlu dititikberatkan ketika sedang meninjau rumah.
Faktor yang paling penting merupakan lokasi rumah tersebut. Adakah rumah tersebut dekat dengan tempat kerja anda? Adakah kesesakan lalu lintas di kawasan itu kerap berlaku? Ada kemudahan seperti sekolah, klinik dan pasar raya yang dekat dengan rumah tak?
Pembeli rumah juga boleh mendapatkan nasihat ejen hartanah mengenai perkara seperti pasaran semasa, latar belakang dan rekod pemaju harta tanah tersebut.
Memahami Pelbagai Pinjaman Perumahan
Terdapat tiga pinjaman perumahan utama yang ditawarkan di Malaysia iaitu pinjaman asas, pinjaman semi-fleksi, dan pinjaman fleksi. Ketiga-tiga pinjaman mempunyai cara yang berbeza untuk memproses pembayaran semula dan kadar faedah masing-masing.
Pinjaman asas biasanya tidak membenarkan anda mengurangkan kadar faedah dengan lebihan bayaran dan mempunyai jadual pembayaran semula yang tetap. Jika anda telah membuat pembayaran tambahan, anda tidak dibenarkan untuk menraik semula pembayaran tambahan yang dibuat.
Manakala, pinjaman semi-fleksi adalah sebaliknya pinjaman asas. Hal ini kerana pinjaman semi-fleksi membenarkan peminjam membuat lebihan bayaran pada bila-bila masa yang dia suka. Bayaran lebihan tersebut dapat mengurangkan faedah yang dikenakan. Yuran pemprosesan akan dikenakan jika peminjam ingin meminta semula jumlah tambahan yang telah dibayar.
Pinjaman fleksi merupakan pinjaman yang dihubungkan dengan akaun semasa peminjam. Oleh itu, jumlah pembayaran semula akan ditolak daripada akaun semasa secara automatik setiap bulan. Sekiranya lebihan bayaran dilakukan, peminjam dapat mengeluarkan semula bayaran lebihan pada bila-bila masa.
Terdapat juga pinjaman Islamik atau dikenalkan sebagai pembiayaan perumahan Islamik merupakan pinjaman perumahan yang patuh Syariah dan mengelakkan riba. Pinjaman Islamik juga tidak mengenakan faedah. Jika pembeli rumah beragama Islam, mereka boleh mengambil pinjaman Islamik. Sertai Program Megawan kami untuk mengetahui lebih lanjut!